Portal Kolej Komuniti Segamat 2, Johor

Login | Forums |  English Bahasa Malaysia | 6 active visitors
Time

Full Time Diploma in Community College

 

PENGENALAN

Diploma Kolej Komuniti dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak syarikat swasta. Program diploma ini dilaksanakan dengan kerjasama syarikat dan syarikat-syarikat melalui program secara dual system iaitu penekanan kepada pelaksanaan Work Base Learning.
Kursus-kursus yang akan dimulakan pada Julai 2007 ini ialah
• Diploma Teknologi Automotif
• Diploma Hotel dan Katering
• Diploma Fesyen dan Pakaian
• Diploma Teknologi Elektrik
• Diploma Teknologi Komputer.

Sebanyak 11 kolej terlibat bagi tujuan penawaran diploma peringkat pertama ini.

PROGRAM DIPLOMA KOLEJ KOMUNITI

Program ini dilaksanakan kepada semua lulusan kolej komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaiaan akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil dahulu. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Usahasama (MoU) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007 yang lalu. Program ini dilaksana berasaskan konsep Work Based Learning (WBL).

Tempoh program Diploma ini ialah dengan minimum 3 semester dan maksimum 6 semester. Pelajar dikehendaki menjalani latihan di syarikat selama 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal atau secara Work Based Learning) dan selama 1 semester lagi di Kolej Komuniti.

Kerjasama ini merangkumi pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum (penyampaian pengajaran dan pembelajaran) secara kolaboratif di Kolej Komuniti dan juga di tempat kerja.

Work-Based Learnining (WBL) atau Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) melibatkan semester 5 dan 6 di mana pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat pengalaman kerja sebenar di tempat kerja untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Pada semester 7 pelajar-pelajar dikehendaki belajar di Kolej Komuniti dengan mengambil beberapa modul untuk mengukuhkan komponen akademik dalam bidang berkaitan. Pendekatan ini akan memastikan lulusan yang dihasilkan memenuhi keperluan industri dan meningkat kebolehpasaran (marketability) mereka.

ELAUN SARA HIDUP DAN YURAN PENGAJIAN

• Pelajar yang layak akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM 250.00 sebulan;
• Yuran pengajian dikenakan sebanyak RM 200.00 setiap semester.

URUSAN PENAWARAN DIPLOMA

1 Iklan : buka - 15 hb April 2007 - tutup - 30 April 2007
2 Pemilihan calon yang layak : 15 Mei 2007
3 Penawaran 1 : 25 Mei 2007 ( jawapan dalam 14 hari – 8 Jun 2007)
Penawaran 2 : 11 Jun 2007 (jawapan dalam 14 hari – 24 Jun 2007)
4 Temuduga oleh syarikat ( jika perlu spt Silterra) - 7 hari selepas 24 Jun 2007
5 Pendaftaran pelajar 16 / 17 Julai 2007
Satu sesi program khas persediaan untuk WBL diadakan selama 2 minggu iaitu
mulai 15 Julai – 31 Julai 2007
6 Pendaftaran di syarikat 1 Ogos 2007

SYARAT KELAYAKAN MASUK

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon:
• Warganegara Malaysia
• Lulusan Peringkat Sijil Kolej Komuniti dalam bidang yang berkaitan:
a) Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.0 ke atas ATAU
b) Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 2.5 hingga 2.99 dengan pengalaman kerja minima
1 tahun ATAU
c) Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 2.0 hingga 2.49 dengan pengalaman kerja
minima 2 tahun.

CARA MEMOHON

1. Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti KPTM Secara Dalam Talian (Online).

i. Pemohon boleh memohon ke Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia secara dalam talian (online) dengan mengisi
e-Borang di http://www.bpkk.edu.my yang akan mula dibuka pada Hari Ahad, 15 APRIL 2007.
ii. Untuk mengakses e-Borang, pemohon perlu menggunakan nombor PIN (Nombor PIN ini perlu dirahsiakan).
iii. Nombor PIN boleh dibeli di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja).
iv. Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan semasa membeli nombor PIN ATAU jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.
v. Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit.
vi. Maklumkan dengan jelas kepada BSN bahawa anda ingin membeli nombor PIN untuk kemasukan ke Politeknik KPTM. Gunakan nombor PIN tersebut untuk membuat permohonan ke Kolej Komuniti KPTM.

Nota:
• Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.
• Pemohon hendaklah mencetak butiran permohonan. Pindaan butiran HANYA boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 30 April 2007.
Segala maklumat yang diberikan semasa permohonan mestilah benar. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) berhak menggugurkan mana-mana calon yang didapati memberikan maklumat palsu.
Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan boleh disemak mulai hari Jumaat, 25 Mei 2007 melalui mana-mana kaedah berikut:
• Laman web http://www.bpkk.edu.my
• Hubungi mana-mana Kolej Komuniti KPTM
• Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian akan menerima surat tawaran daripada Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti

Nota: Calon yang berjaya dijangka akan mendaftar pada 15 / 16 Julai 2007.

PERTANYAAN PENGAMBILAN & KEPUTUSAN PERMOHONAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengambilan dan keputusan permohonan sila hubungi alamat dan talian berikut:

Unit Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar
Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 6, Blok E14, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No.Tel: 03-88836543/ 6531/6420/6572/6532

ATAU

Menghubungi Unit Pengambilan mana-mana Kolej Komuniti KPTM berikut:

KOLEJ KOMUNITI TELEFON
Kolej Komuniti Arau, Perlis 04-9869800
Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah 04-9182503
Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah 04-4412909
Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang 04-5792300
Kolej Komuniti Chenderoh, Perak 05-7733773
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor 03-32163235
Kolej Komuniti Selayang, Selangor 03-61368200
Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan 06-4540075
Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka 06-2332770
Kolej Komuniti Kuantan, Pahang 09-5721313
Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu 09-6204200

MAKLUMAT KURSUS  DIPLOMA SEPENUH MASA

DIPLOMA AUTOMOTIF

Kolej-kolej yang menawarkan kursus ini:

[KK Ledang, KK Bukit Beruang, KK Kepala Batas, KK Kuala Terengganu]

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PEMASANGAN DAN PERKHIDMATAN)

Kolej-kolej yang menawarkan kursus ini: [KK Ledang, KK Bukit   Beruang, KK Kepala Batas, KK Kuala Terengganu]

DIPLOMA SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN

 

Kolej-kolej yang menawarkan kursus ini:

[KK Sabak Bernam, KK Bandar Darulaman, KK Selandar]

MAKLUMAT KURSUS  DIPLOMA SEPENUH MASA

 

DIPLOMA HOTEL  DAN KATERING

       

              

 

 

Kolej-kolej yang menawarkan kursus ini:

[KK Chenderoh, KK Selayang, KK Rompin, KK Sungai Petani]

DIPLOMA FESYEN DAN PAKAIAN

 

Kolej-kolej yang menawarkan kursus ini:

[KK Sabak Bernam, KK Bukit Beruang]

SOALAN UMUM MENGENAI KOLEJ KOMUNITI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Kolej Komuniti

S1: Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti
      dengan Politeknik?

J1 : Kursus di Kolej Komuniti menekankan aktiviti hands on atau
      praktikal iaitu nisbah teori dengan amali adalah 25% : 75%

S2: Apakah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti?

J2
: Kolej Komuniti menawarkan kursus formal dan kursus pendek.

      Terdapat 22 kursus formal yang ditawarkan manakala
      kursus pendek bergantung kepada permintaan dan keperluan
      komuniti.

S3:
Berapakah tempoh pengajian bagi kursus sijil yang

      ditawarkan di Kolej Komuniti?
J3 :Tempoh pengajian minimum bagi kursus Sijil ialah selama 2 tahun

     (4 semester) dan tempoh maksimum ialah selama 5 tahun

     (10 semester). Setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus  

     Latihan Industri selama 6 bulan pada semester ketiga.

 

S4 : Apakah syarat kemasukan bagi kursus Sijil yang ditawarkan

       di Kolej Komuniti?
J4 : Syarat minimum untuk memohon ke kursus formal di Kolej
      Komuniti adalah warganegara Malaysia yang lulus SPM,
      manakala kursus pendek adalah terbuka kepada semua
      lapisan masyarakat yang berminat.

S5 : Bagaimanakah cara untuk memohon belajar di

        Kolej Komuniti?


J5 : Bagi kursus formal, calon boleh memohon dengan menggunakan
      borang yang boleh dibeli di mana-mana Kolej Komuniti atau
      permohonan secara on–line di http://www.bpkk.edu.my. Iklan
      mengenai permohonan akan dikeluarkan pada bulan Februari/Mac
      dan September/Oktober setiap tahun. Bagi kursus pendek pula
      mereka yang berminat boleh melihat iklan atau brosur mengenai
      kursus yang ditawarkan di kolej yang berkenaan.

S6: Adakah Kolej Komuniti menyediakan kemudahan penginapan?
J6 : Kolej Komuniti tidak menyediakan asrama atau tempat penginapan. 


S7 : Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di

       Kolej Komuniti?


J7 : Kolej Komuniti menyediakan kemudahan-kemudahan seperti

      bilik kuliah, makmal komputer, makmal sains, perpustakaan,

      percetakan, kemudahan sukan dan kemudahan pengangkutan.

S8 : Berapakah bayaran yang dikenakan ?
J8 : Bayaran yang dikenakan bagi

      Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil)

      Ialah yuran pengajian adalah sebanyak RM200.00 (setiap  

      semester) dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa

      pendaftaran semester pertama sahaja. Bayaran yang dikenakan

      bagi Kursus Pendek pula adalah minimum RM5.00 dan maksimum

      adalah RM20.00. 

S9 : Adakah bantuan kewangan yang disediakan ?


J9 : Kolej Komuniti ada menyediakan pembayaran elaun
sebanyak

      RM 250 sebulan kepada pelajar Kolej Komuniti yang layak sahaja

      (Tertakluk kepada syarat dan perubahan).

 

      Kepada yang tidak layak mendapat elaun, pelajar boleh memohon

      pinjaman yang ditawarkan oleh KPTM.

 

S10 : Adakah lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk

        melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ?
J10 : Ya, lulusan Kolej Komuniti boleh menyambung pengajian

        ke program diploma di Politeknik melalui program ‘bridging’

        selama 6 bulan dan pengajian diploma selama 1 tahun.

        Seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi di universiti

        tempatan atau luar negara. Lulusan Sijil Kolej Komuniti

        boleh juga memohon untuk meneruskan pengajian

        ke peringkat Diploma di Kolej Komuniti.

S11 : Adakah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti diiktiraf?


J11 : Sebanyak 18 kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti telah

        mendapatkan pengiktirafan daripada JPA manakala bakinya

        4 kursus masih lagi dalam proses mendapatkan pengiktirafan.

 

       Berikut adalah senarai kursus yang telah mendapat

       pengiktirafan JPA:

         1.   Kursus Teknologi Pembuatan Bersepadu
         2.   Kursus Automotif
         3.   Kursus Pelukis Pelan Senibina
         4.   Kursus Penyenggaraan Bangunan
         5.   KursusTeknologi Pembinaan
         6.   KursusTeknologi Elektrik
         7.   Kursus Sistem Komputer dan Sokongan
         8.   Kursus Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
         9.   Kursus Multimedia Kreatif (Animasi)
       10.   Kursus Fesyen dan Pakaian
       11.   Kursus Hotel dan Katering
       12.   Kursus Teknologi Maklumat
       13.   Kursus Pelancongan dan Pengembaraan
       14.   Kursus Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
       15.   Kursus Perakaunan Perniagaan
       16.   Kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara
       17.   Kursus Rekabentuk Dalaman
       18.   Landskap dan Pengurusan Nurseri

 

     Empat lagi kursus sedang dalam proses mendapatkan

     pengiktirafan JPA iaitu:
        1.  Kursus Kecantikan dan Dandanan Rambut
        2.  Kursus Bakeri & Konfeksionari
        3.  Industri Seramik
        4.  Teknologi Pembuatan Perabot

 

Latest Info
 
 
Selamat Datang Ke Laman
Kolej Komuniti Segamat 2 ,
KM 4, Jalan Jementah, 85100,
Batu Anam, Segamat, Johor
   
Minggu Peperiksaan Amali dan Teori KKS2 akan bermula dari 26 November 2009 hingga 17 Disember 2009. 

Para Pensyarah pembimbing laporan LI diminta menghantar markah laporan LI pelajar Semester 4 kepada PPPLI kursus sebelum atau pada 13 November 2009 
 
 
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar anjuran unit HEP KKS2 dijangka akan diadakan pada 09 Disember 2009. Semua pelajar dan Staf KKS2 dijemput hadir. 
 
IKLANPERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR SEPENUH MASA KE KOLEJ KOMUNITI KPT BAGI PROGRAM SIJIL

13 September 2009: Sinar Harian & Tamil Nesan
14 September 2009: News Straits Times & Borneo Post
20 September 2009: Mingguan Malaysia & Berita Minggu
27 September 2009: Metro Ahad & Sin Chew Jit Poh

PERTANDINGAN InoREKA 2009
Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan
Pertandingan InoREKA 2009 pada 12 November - 15 November 2009 di Dataran Pahlawan, Melaka.Para peserta terdiri daripada pensyarah dan pelajar dari 42 buah kolej komuniti seluruh Malaysia.




 
 





...........Pengumuman Tamat ............
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
  



>>  Read more

Hak Cipta Terpelihara @ Kolej Komuniti Segamat 2 ( Batu Anam ), Johor - 2009