PENGENALAN
Diploma Kolej Komuniti dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak syarikat swasta. Program diploma ini dilaksanakan dengan kerjasama syarikat dan syarikat-syarikat melalui program secara dual system iaitu penekanan kepada pelaksanaan Work Base Learning.
Kursus-kursus yang akan dimulakan pada Julai 2007 ini ialah
• Diploma Teknologi Automotif
• Diploma Hotel dan Katering
• Diploma Fesyen dan Pakaian
• Diploma Teknologi Elektrik
• Diploma Teknologi Komputer.
Sebanyak 11 kolej terlibat bagi tujuan penawaran diploma peringkat pertama ini.
PROGRAM DIPLOMA KOLEJ KOMUNITI
Program ini dilaksanakan kepada semua lulusan kolej komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaiaan akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil dahulu. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Usahasama (MoU) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007 yang lalu. Program ini dilaksana berasaskan konsep Work Based Learning (WBL).
Tempoh program Diploma ini ialah dengan minimum 3 semester dan maksimum 6 semester. Pelajar dikehendaki menjalani latihan di syarikat selama 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal atau secara Work Based Learning) dan selama 1 semester lagi di Kolej Komuniti.
Kerjasama ini merangkumi pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum (penyampaian pengajaran dan pembelajaran) secara kolaboratif di Kolej Komuniti dan juga di tempat kerja.
Work-Based Learnining (WBL) atau Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) melibatkan semester 5 dan 6 di mana pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat pengalaman kerja sebenar di tempat kerja untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Pada semester 7 pelajar-pelajar dikehendaki belajar di Kolej Komuniti dengan mengambil beberapa modul untuk mengukuhkan komponen akademik dalam bidang berkaitan. Pendekatan ini akan memastikan lulusan yang dihasilkan memenuhi keperluan industri dan meningkat kebolehpasaran (marketability) mereka.
ELAUN SARA HIDUP DAN YURAN PENGAJIAN
• Pelajar yang layak akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM 250.00 sebulan;
• Yuran pengajian dikenakan sebanyak RM 200.00 setiap semester.
URUSAN PENAWARAN DIPLOMA
1 Iklan : buka - 15 hb April 2007 - tutup - 30 April 2007
2 Pemilihan calon yang layak : 15 Mei 2007
3 Penawaran 1 : 25 Mei 2007 ( jawapan dalam 14 hari – 8 Jun 2007)
Penawaran 2 : 11 Jun 2007 (jawapan dalam 14 hari – 24 Jun 2007)
4 Temuduga oleh syarikat ( jika perlu spt Silterra) - 7 hari selepas 24 Jun 2007
5 Pendaftaran pelajar 16 / 17 Julai 2007
Satu sesi program khas persediaan untuk WBL diadakan selama 2 minggu iaitu
mulai 15 Julai – 31 Julai 2007
6 Pendaftaran di syarikat 1 Ogos 2007
SYARAT KELAYAKAN MASUK
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon:
• Warganegara Malaysia
• Lulusan Peringkat Sijil Kolej Komuniti dalam bidang yang berkaitan:
a) Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.0 ke atas ATAU
b) Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 2.5 hingga 2.99 dengan pengalaman kerja minima
1 tahun ATAU
c) Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 2.0 hingga 2.49 dengan pengalaman kerja
minima 2 tahun.
CARA MEMOHON
1. Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti KPTM Secara Dalam Talian (Online).
i. Pemohon boleh memohon ke Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia secara dalam talian (online) dengan mengisi
e-Borang di http://www.bpkk.edu.my yang akan mula dibuka pada Hari Ahad, 15 APRIL 2007.
ii. Untuk mengakses e-Borang, pemohon perlu menggunakan nombor PIN (Nombor PIN ini perlu dirahsiakan).
iii. Nombor PIN boleh dibeli di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja).
iv. Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan semasa membeli nombor PIN ATAU jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.
v. Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit.
vi. Maklumkan dengan jelas kepada BSN bahawa anda ingin membeli nombor PIN untuk kemasukan ke Politeknik KPTM. Gunakan nombor PIN tersebut untuk membuat permohonan ke Kolej Komuniti KPTM.
Nota:
• Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.
• Pemohon hendaklah mencetak butiran permohonan. Pindaan butiran HANYA boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 30 April 2007.
Segala maklumat yang diberikan semasa permohonan mestilah benar. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) berhak menggugurkan mana-mana calon yang didapati memberikan maklumat palsu.
Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan boleh disemak mulai hari Jumaat, 25 Mei 2007 melalui mana-mana kaedah berikut:
• Laman web http://www.bpkk.edu.my
• Hubungi mana-mana Kolej Komuniti KPTM
• Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian akan menerima surat tawaran daripada Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti
Nota: Calon yang berjaya dijangka akan mendaftar pada 15 / 16 Julai 2007.
PERTANYAAN PENGAMBILAN & KEPUTUSAN PERMOHONAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengambilan dan keputusan permohonan sila hubungi alamat dan talian berikut:
Unit Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar
Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 6, Blok E14, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No.Tel: 03-88836543/ 6531/6420/6572/6532
ATAU
Menghubungi Unit Pengambilan mana-mana Kolej Komuniti KPTM berikut:
KOLEJ KOMUNITI TELEFON
Kolej Komuniti Arau, Perlis 04-9869800
Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah 04-9182503
Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah 04-4412909
Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang 04-5792300
Kolej Komuniti Chenderoh, Perak 05-7733773
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor 03-32163235
Kolej Komuniti Selayang, Selangor 03-61368200
Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan 06-4540075
Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka 06-2332770
Kolej Komuniti Kuantan, Pahang 09-5721313
Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu 09-6204200